PR PERMAI : U TURN
Monday, April 25, 2011
Posted by Sahel Nordin
Kempen JUS
Seawal dicalonkan sebagai calon Majlis Tertinggi PERMAI sesi 2011/12, satu perasaan yang sukar dijelaskan bermain dijiwa dan minda. Matlamat dan perancangan awal sesi ini lebih menumpukan pembinaan PINTAR ( PERMAI Intellectual Circle ) sebagai satu tapak atau satu wasilah PERMAI dalam menyampaikan dakwah kepada keseluruhan ahli PERMAI hingga cuba mencapai wawasan agar PINTAR sebagai NADI DAKWAH PERMAI. Daripada aspek pembinaan kesarjanaan ilmu secara MAKSIMA dirancang kepada sesi 2011/12. Maka apabila nama dicalonkan secara rasmi dan penarikan diri sebagai calon ditolak oleh JPR PERMAI ( Jabatan Pilihan Raya ) PERMAI , aksi spontan memasukkan surat penarikan diri dalam FB JPR dan merancang dengan spontan kempen JUS iaitu “Jangan Undi Sahel”. Hal ini kerana saya telah merancang pembinaan kesarjanaan ilmu untuk difokuskan pada baki sesi ini.
Tidak ada niat yang lain melainkan untuk kepentingan ummah ketika pulang ke Malaysia kelak. Menyedari diri ini banyak kelemahan dan amat kekurangan persiapan untuk TERJUN dalam masyarakat di Malaysia, maka diri ini merancang untuk MEMAKSIMAkan masa berbaki sesi ini untuk menuntut ilmu. Tambahan pula , dengan takhasus saya dalam Ekonomi Islam dan Perbankan Islam , banyak ilmu sebagai Daie yang perlu dilengkapi masih belum dilengkapi seperti Usul Fiqh, Feqah, Maqasid Syariah dan lain-lain lagi.
Maklumat terperinci boleh anda rujuk dalam artikel yang lepas.
Penarikan Kempen JUS
Di saat giat team JUS melancarkan kempen, beberapa senior dan sahabat –sahabat yang amat saya hormati dan kasihi datang berbincang perihal Pilihan Raya PERMAI. Kesimpulan yang saya boleh kongsi di sini setelah banyak perkara dibincangkan, saya mempunyai 3 pilihan iaitu:
1) Menumpukan sepenuhnya dalam mengaut sebanyak mungkin peluang-peluang menuntut ilmu tanpa memikirkan soal ummah di Irbid .
2) Menumpu sepenuhnya dalam PERMAI dalam memimpin ahli-ahlinya . ( Penumpuan akademik tetap ada tetapi ilmu tambahan penumpuannya akan berkurang )
3) Menyeimbangkan antara kesarjanaan Ilmu ( Akademik + Ilmu Tambahan ) dan PERMAI.
Keputusan
Setelah memohon petunjuk daripada Allah swt dan Ibu bapa telah menyerahkan keputusan kepada saya, saya mengambil jalan tengah untuk menyeimbangkan antara kesarjanaan ilmu dan pembabitan diri dalam PERMAI .
Dasar yang sama , Berbeza keputusan
Cita-cita saya dalam hidup ini adalah melihat ISLAM menguasai dalam kehidupan. Maka pilihan pertama saya sebelum penarikan kempen JUS adalah untuk persiapkan diri sebanyak mungkin untuk TERJUN dalam masyarakat khususnya di Malaysia yang memerlukan persediaan yang banyak dan rapi. Dasar keputusan ini, saya buat adalah untuk kepentingan Islam dan masyarakat.
Namun , selepas berbincang dengan senior-senior yang cukup hebat dan disegani, dan berdasarkan hujah serta pandangan melihat kepada waqie ( reality ) ummah di sini yang menuntut kepada keperluan maka saya dengan rendah hati menarik balik kempen JUS ( Jangan Undi Sahel ) dan membuka seluas-luasnya pemilihan kepimpinan PERMAI sesi 2011/12 di tangan anda semua. Dasar keputusan ini juga adalah untuk kepentingan Islam dan masyarakat.
Calon PRESIDEN PERMAI
Saya masih lagi melihat dan menyokong Hidayat Hasni sebagai calon yang paling sesuai dijadikan sebagai Pemimpin NOMBER 1 PERMAI.
Sekian , Terima kasih.
KEMPEN SAYA DALAM PR PERMAI : JUS
Sunday, April 24, 2011
Posted by Sahel Nordin
Di saat ini , Kempen Pilihan Raya ( PR ) PERMAI kian bermula. Ahli –ahli PERMAI kini sibuk memikirkan siapakah di kalangan calon yang terpilih paling sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin number SATU mereka sebagai Presiden PERMAI sesi 2011/12. Keunikan PR PERMAI berbanding PR Kampus terutamanya di Malaysia adalah yang mencalonkan finalist nama yang layak bertanding adalah di kalangan ahli-ahli PERMAI. Bukan seperti di Malaysia, calon PR yang menuntut mereka membentangkan manifesto dan mengempen diri mereka sendiri dan di sokong oleh kumpulan masing-masing sama ada Pro U atau Pro M.
Dengan izin Allah swt, saya terpilih untuk menjadi salah seorang Calon Pilihan Raya PERMAI sesi 2011/12.
Penghargaan
Pertama sekali , saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sebahagian besar ahli Syabab PERMAI kerana memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada saya atas pencalonan saya sebagai calon Majlis Tertinggi PERMAI sesi 2011/12. Saya benar-benar hargai atas sokongan dan kepercayaan ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pilihan Raya ( JPR ) PERMAI kerana berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan PR ini dengan jayanya. Ya, mereka telah menghabiskan banyak masa baru-baru ini, bermesyuarat berhari-hari, berjam-jam demi untuk memastikan kelancaran PR ini untuk menjaga kemashalatan ahli-ahli PERMAI secara keseluruhannya pada sesi akan datang . Penat, letih , lelah, usaha gigih dan keringat mereka ini sememangnya amat dihargai.
Mohon Maaf
Dalam ruangan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua ahli PERMAI kerana tidak dapat memberi komitmen terhadap tugas yang ditawarkan. Setelah 3 tahun berkecimpung secara aktif dalam PERMAI ( terlibat dalam AJK program, JKK PMK dan PINTAR ) , maka dalam masa berbaki ini, saya hajat memenuhi IMPIAN dan CITA-CITA diri saya dan ibubapa untuk mengaut sebanyak mungkin peluang dan mutiara di tanah arab terutamanya daripada SUDUT KEILMUAN . Ini juga adalah salah satu jihad untuk kemashalatan dakwah dan tarbiyah di Malaysia kelak.
Sungguh, jauh di sudut hati saya, rasa yang amat-amat bersalah kerana tidak dapat memenuhi kepercayaan dan sokongan kalian.
Kepimpinan , Pengurusan dan Persatuan
Saya berPERINSIP bahawa berkecimpung dalam KEPIMPINAN dan PENGURUSAN atau melibatkan diri dalam PERSATUAN tidak pernah menggangu pembelajaran ataupun akademik. Malah ia menjadi NILAI TAMBAH buat diri yang cukup berharga untuk membina softskills yang tidak mungkin dapat diperoleh melalui kelas-kelas pembelajaran di Universiti.
Keyakinan terhadap diri, teknik pengucapan awam, teknik untuk merancang visi dan misi serta gerak kerja untuk mengarahkan organisasi yang dipimpin ke arah apa dikehendaki, cara bermuamalah dengan rakan sekerja, teknik untuk memotivasikan ahli-ahli kumpulan, teknik menyelesaikan masalah besar dalam waktu yang singkat, teknik berurusan dengan orang-orang pangkatnya lebih besar, teknik menguruskan masa dalam membahagikan tugas-tugas kerja dan banyak lagi jika ingin disenaraikan. Sungguh ia memberi suatu pengalaman yang cukup luar biasa dalam mematangkan seseorang individu yang berkecimpung dalam kepimpinan dan pengurusan. Amatlah rugi, jika kita semata-mata menjadi ulat buku yang tidak bergaul dan menjauhkan diri daripada masyarakat sekeliling.
Selain itu , penglibatan dalam PERSATUAN melatih diri untuk peka terhadap masalah yang ada dalam masyarakat sekeliling. Di saat , kita bersenang-lenang dengan tajaan yang banyak, rupa-rupanya, terdapat ahli dalam persatuan kita yang mengikat perut untuk membayar yuran semester akan datang. Maka, kita hulurkan duit untuk membantu mereka yang susah. Inilah latihan untuk mengenepikan kepentingan peribadi untuk kemashalatan orang lain. Melihat rakan-rakan sekeliling asyik lalai bermaksiat, kita bertindak untuk menegur mereka secara hikmah . Maka di sini , wujudnya masyarakat yang harmoni, yang lengkap melengkapi antara satu sama lain. Membantu yang susah dan meringankan bebanan. Semuanya menuju kepada apa yang Allah hendaki.
Jika ingin dibicarakan berkenaan kelebihan berpersatuan ,dan berkecimpungan dalam dunia kepimpinan dan pengurusan, maka tidak cukup dengan satu artikel ini malah lebih. Malah bukan itu fokus saya dalam artikel ini.
Prioriti ( Awlawiyat ) Saya Ketika ini
Daripada aspek kepimpinan dan penglibatan dalam PERMAI, Alhamdulillah, saya sudah dapat banyak pengalaman sepanjang hampir 3 tahun di bumi Irbid. Penumpuan terhadap pengasahan bakat dan potensi, secara peribadi, sudah cukup kerana bergiat aktif dalam persatuan sejak tahun pertama. Pengalaman menjadi banyak AJK program pada tahun 1 ketika tiada banyak pelajar ada di Irbid yang menuntut orang yang sama bekerja. Selain itu, penglibatan saya dalam Pengerusi JKK PMK dan Pengerusi PINTAR sudah cukup ke arah pembangunan kepimpinan dalam diri saya.
Kini , saya hampir ke penghujung pengajian, maka penumpuan ke arah KESERJANAAN ILMU adalah UTAMA. Inilah FOKUS saya yang paling UTAMA dalam perancangan hidup saya untuk sesi yang berbaki ini. Masa hari Jumaat & Sabtu saya telah dan akan dihabiskan di Amman dan Busro untuk pengajian Ilmu. Kelas harian saya di Universiti Yarmouk akan bertambah 2 kali ganda kerana saya akan mustami` kelas yang tidak wajib dalam bidang saya . Selain itu, saya amat perlu untuk memperbaiki muadal yang semakin menurun dan mentahsin madah-madah yang markahnya rendah .Justeru, masa saya pada sesi akan datang amatlah padat .
Saya merupakan pelajar Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.
Dalam pengajian ini, tidak ada subjek khusus Bahasa Arab ( Nahu, Sorof , Balaghah, Mantik dll ) , Hadis , Tafsir, Aqidah ,Usul Fiqh, Maqasid Syariah, Sirah , Perbandingan Agama, Pecahan Islam, Kisah dalam Al-Quran, Feqah Ibadah, Feqah Ahwal Syaksiyyah, Fiqh Jihad, Fiqh Nizom Hukum , Perbandingan Mazhab dan banyak lagi persiapan ilmu yang perlu seorang DAIE persiapkan diri untuk TERJUN dalam MASYARAKAT MALAYSIA yang mana kita ketahui semakin hari semakin membimbang kita. Yang menyebabkan hati kita dan Iman kita tidak dapat duduk senang lenang. Maka untuk mendalami ilmu-ilmu yang disebutkan tadi , perlukan FOKUS dan MASA. Dalam baki sesi kali ini yang benar-benar pendek untuk memenuhi semua ini, maka penumpuan KHUSUS harus saya berikan. ( Boleh rujuk dalam buku thaqafah Daieyah ; Dr Yusof Al-Qadrawi berkenaan ilmu yang perlu dilengkapi oleh para Daie.)
Justeru ahli PERMAI yang dikasihi, untuk mencapai CITA-CITA yang saya impikan dan juga CITA-CITA UMMAH untuk melihat wujudnya para DAIE yang Faqih fi Deen dalam memperbaiki UMMAH maka saya akan bersungguh- sungguh menggapaikan apa yang diimpikan.
Saya tidak pernah menyalahkan KEPIMPINAN dalam memberi kesan kepada AKADEMIK . Malah banyak mendidik saya untuk menterjemahkan ILMU yang secara teori untuk dilaksanakan dalam bentuk realiti. Cumanya dalam sesi berbaki ini, PENUMPUAN MAKSIMA terhadap KESARJANAAN ILMU menjadi FOKUS UTAMA . Ini kita sebut sebagai FIQH AWLAWIYAT atau PRIORITI UTAMA.
Saya tidak pernah menyalahkan KEPIMPINAN dalam memberi kesan kepada AKADEMIK . Malah banyak mendidik saya untuk menterjemahkan ILMU yang secara teori untuk dilaksanakan dalam bentuk realiti. Cumanya dalam sesi berbaki ini, PENUMPUAN MAKSIMA terhadap KESARJANAAN ILMU menjadi FOKUS UTAMA . Ini kita sebut sebagai FIQH AWLAWIYAT atau PRIORITI UTAMA.
Saya tidak pernah mengatakan saya TIDAK MAHU menyumbang kepada Dakwah dan Tarbiyah di PERMAI. TIDAK. Malah saya mempunyai perancangan RAPI dalam MENGUKUHKAN PINTAR sebagai salah satu NADI DAKWAH PERMAI.
Cuma jawatan sebagai PRESIDEN PERMAI dan juga MAJLIS TERTINGGI PERMAI memerlukan mereka yang boleh memberi fokus UTAMA dalam memikirkan kemashalatan ahli PERMAI. Tambahan pula, kemungkinan besar ahli PERMAI pada sesi akan datang akan SANGAT RAMAI dari sekarang yang memerlukan kepada konsentrasi barisan kepimpinan PERMAI yang sangat tinggi untuk menjaga kebajikan ahli PERMAI.
Kesimpulan
Berdasarkan sedikit huraian di atas, maka saya memohon maaf kepada yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk memimpin PERMAI pada sesi akan datang untuk TIDAK MENGUNDI saya dalam Pilihan Raya tidak lama lagi. Saya amat berharap anda dapat memahami kondisi dan PRIORITI saya dalam baki sesi kali ini.
Janganlah di salah fahamkan bahawa penglibatan dalam persatuan menjejaskan akademik atau kesarjanaan Ilmu. Tidak sama sekali. Tetapi hanya TUMPUAN LEBIH dan PRIORITI saya kepada KESARJANAAN ILMU pada masa kini adalah lebih UTAMA.
Siapa Calon Presiden Anda?
Saya sudah mengenali individu ini. Beliau adalah seorang yang sangat berkaliber, bersungguh-sungguh dalam kerjanya, yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan juga mempunyai pengalaman bekerja dalam PERMAI. Ceria orangnnya dan mudah menerima pandangan , cadangan dan kritikan .
Individu yang dimaksudkan adalah AHMAD HIDAYAT HASNI BIN MAT ISA.
Pilihan di tangan anda . Maka pilihlah yang terbaik tapi bukan saya ya. ^_^
Sekian.
.
JOM ke Pre departure ( PURE ) - Light of Faith
Wednesday, August 04, 2010
Posted by Sahel Nordin
Anda ingin melanjutkan pengajian ke luar negara ?
Risau? Takut? Gelisah? Apa lagi yang menghantui?
Ingin mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan baru?
Ingin bersama-sama kami di awal Ramadhan menikmati program-program yang menarik?
Segalanya dapat dirasai dan ditempuhi dengan menemui kami di PURE..
Antara program-program yang bakal disajikan insyaAllah :
• Tayangan Video: Life as an Oversea Student @ life abroad.
• Sesi soal jawab bersama senior university (Process slps dpt result IB etc; Cerita University, / ‘What to bring and what not to bring?’etc).
• Solat Asar berjemaah – ‘Solah in the Garden’ (Praktikal solat di Oversea)
• Riadah – ‘Bonding’
• Berbuka puasa beramai-ramai ( sure seronok! ) ('',)
• Dialog Santai (ala2 forum)-tajuk: Life in oversea: cabaran Muslim dan Muslimah’
• Persembahan Video University2 (‘Inhale-You’re almost there’)
• Kuliah Subuh: ‘Ramadhan; Bulan Agung’
• Fiqh Perantau: Latihan Amali, Demonstrasi & Praktikal (Solat Jama’ Qasar; Khuf; Makanan Halal Haram; Samak; Tayammum etc)
dan bermacam-macam lagi... sila ooi sila.. :)
Dengan itu, Light Of Faith membawakan kepada anda :
Pre departURE (PURE)
Tarikh : 14 - 15 Ogos 2010
Tempat : Nur Sungai Merab, Bangi
Yuran : RM30
Ayuh, daftar sekarang di : http://spreadsheets.google.com/viewform?
Tarikh tutup penyertaan : 13 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada
perkongsian_online@yahoo.com
Moga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita.
Jumpa di sana! Read more!
Biarlah Gambar Ini Berbicara
Monday, July 26, 2010
Posted by Sahel Nordin
![]() | ||||
| Tertubuhnya satu Institusi dengan Harapan Besar |
![]() | |
| Allayarham Cikgu Tajol bersama-sama Ustaz Dahlan, Ustaz Omar dan Cikgu Abdoh |
![]() |
| Syabab-syabab berganding bahu mendirikan institusi ini |
![]() |
| Allayarham Pak Leh , tukang bina awal penubuhan projek |
![]() |
| Berenggang badan sebelum beramal jamaie membangun sebuah cita-cita |
![]() |
| Datang dari pelusok negara |
![]() |
| Tidak henti-henti mendidik dan berbakti |
![]() |
| Pak Cha dan Pak Syed ketika muda |
![]() |
| Proses Tarbiyah yang berterusan |
![]() |
| Allayarham Ustaz Rejab |
![]() |
| Mesin ini digunakan untuk fotostat bahan-bahan tarbawi |
![]() |
| Berkumpul demi hajat yang besar |
![]() |
| Cikgu Nordin membantu mendaftarkan pelajar baru khassah |
![]() |
| Pak Man , Ustaz Din , Cikgu Syahid dan Ustaz Yazid |
![]() |
| Suasana ekspo yang awal |
![]() |
| Dr Azizan dan Pak Cik Rasyid menerusi nasyid-nasyid tarbawi |
![]() |
| Ustaz Muhtad pada zaman mudanya di bumi wakafan |
![]() |
| Itulah MATRI : Terbina atas satu kesedaran, satu harapan menggunung tinggi dan cita-cita besar untuk melahir generasi pewaris yang mewarisi kerja-kerja Para Rasul dan Para Anbiya`. |
Read more!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















